DARI MEJA PENGARAH URUSAN ICSB

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadirat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan izin-NYA dapat kita bersama pada Majlis Menandatangani Mou di antara Bank Simpanan Nasional dan Inai Comase Sdn Bhd serta majlis pelancaran halama Homepej.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk megucapkan ribuan terima kasaih kepada Bank Simpanan Nasional dan juga ITTC-UTM dalam memberi peluang kepada ICSB di dalam menjayakan cita-cita dan harapan kami untuk memasyarakatkan IT kepada setiasp ahli Penabung Muda BSN.

ICSB berharap dan bertekad untuk merealisasikan pembentukan generasi alaf baru yang mampan, jitu, berwibawa dan kompeten yang mampu menghadapi segala cabaran zaman baru. Usaha yang konsisten tanpa ditemani erti putus asa perlu menjadi mankin dan mestilah dilaksanakan secara global dan bersepaadu.

ICSB satu nama yang sedang diukir dan terukir disetiap bibir para pelajar dan masyarakat kian mengatur langkah seumpama seorang panglima yang sedang bertempur. Cuma bezanya pertempuran ini tidak mempunyai garis penamat yang ditentukan.

ICSB juga sedang menyusun stategi yang terancang demi menjaga mutu serta standard yang telah digariskan oleh kementerian Sumber Manusia bagi melahirkan tenaga manusia yang berketrampilan di dalam industri teknologi maklumat khususnya.

Kepercayaan dan keyakinan ITTC-Universiti Teknologi Malaysia serta Majlis Latihan Vokalsional Kebangsaan terhadap ICSB adalah merupakan suatu natijah positif yang dicernakan dari kesungguhan kakitangan yang ada. Proses untuk mendidik dan melatih adalah merupakan suatu pendekatan yang berbeza. Pendidikaan dan latihan yang diberikan kepada para pelajar adalah merupakan suatu pendekatan yang berterusan dan sisitemetik.

Harapan yang melangit juga dicurahkan kepada Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia agar memberi peluang kepada ICSB untuk menjadi sebuah pusat pendidikan dan latihan yang menjanjikan output tenaga mahir yang kompeten.

Akhir sekali saya amat bersyukur dan berharap agar masjlis ini dapat menjadi suatu titik tolak " launching-pad" bagi membentuk para pelajar yang dapat memenuhi hasrat agama, bangsa dan negara. Saya berdoa agar Allah S.W. T meemberkati usaha kita semua di dalam melahirkan generasi madani dan kamil

Sekian terima kasih

 

 

Nik Yusoff Bin Che Ab. Lah

Pengarah Urusan ICSB

 

 BALIK KE PENGKALAN

 BALIK KE MENU ASAL

Related Page 1 | Related Page 2 | Related Page 3