PERKEMAHAN KPM KELANTAN MERIAH

Pada 8 dan 9 mei 1998, 151 ahli menyertai Kem Motivasi dan Perkemahan sebagai aktiviti pertama negeri kelantan bagi tahun 1998. Majlis dirasmikan oleh En. Wan Zainal Abidin Wan Othman Penolong Pengurus Hal Ehwal Awam & Pemasaran.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Minda Kreatif bagi menghias kawasan Perkemahan, Ceramah Motivasi bertajuk Kecermerlangan Bina Diri oleh En. Huzili Hussin, Ceramah Motivasi bertajuk Kendiri oleh En. Khairul Anuar khairuddin, Solat berjemaah, Kuliah Magrib dan Subuh oleh Ustaz Hj Nasir Mohamamad. Ahli-ahli Kelab juga mengadakan Nyayian/ Kebudayaan secara moden atau tradisional serta pakaian beragam oleh setiap kumpulan. Majlis penutup dilakukan oleh Pengurus Negeri Kelantan, En. Badli b Hamsan, setiap peserta menerima sijil penyertaan dan mereka yang berjaya turut menerima hadiah dari Bank Simpanan Nasional

 PULANG KE MENU UTAMA

 KEMBALI ASAL