Profail Kursus

 

INFORMATION TECHNOLOGY TRANING CENTER

 

ITTC adalah nama singkatan bagi Pusat Latihan Teknologi Maklumat iaitu sebuah pusat di bawah Fakulti Sains Komaputer & Sistem Maklumat, UTM.

ITTC merupakan sebuah organisasi pertama yang diiktiraf sebagai Microsoft Authorised Traning Center, dan komited ke arah menjadi sebuah pusat latihan yang berkualiti. Penglibatannya telah melahirkan individu terlatih dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga swasta. Di antara badan-badan kerajaan yang telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh ITTC ialah Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, FELCRA, KEJORA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Perbadanan Kraftangan Malaysia.

ITTC menawarkan beberapa jenis peringkat kkursus seperti di bawah :-

  1. Kursus Jangka Pendek – melibatkan kursus-kursus aplikasi komputer secara khusus, seperti :-
  2.  Microsoft Office 97 ( Word, Excel, PowerPoint )

     Internet & Networking

     Electronic Governance (Word, Excel, PowerPoint, Internet & Networking )

     Microsoft Access 97

     Microsoft Scheduler 95/97 MS Outlook 97/98

     Microsoft Project 95/97

    2. Kursus Jangka Panjang- melibatkan kursus-kursus peringkat sijil kemahiran. Kami menawarkan sijil kemahiran dengan kerjasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sijil – sijil yang kami tawarkan ialah :-

      Sijil Teknologi Pengurusan Pejabat

      Sijil Teknologi Perkakasan Komputer

      Sijil Teknologi Pembangunan Multimedia

      Sijil Teknologi Pengaturcaraan

  3. Kursus Pengkhususan ( Profesional ) – ia merupakan satu modul kursus yang disediakan oleh ITTC kepada para profesional . antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh ITTC adalah seperti berikut :-

  Effective Managing Using Ms Office 97’

  Project Management Concept for Project Manager

  Microsoft Visual Basic 5.0 for Advanced Programmer

  Database Concept for System Analyst

  Organizing Schedule for Education

  HTML Development for Web Designer

 

 TENAGA PENGAJAR - BERPENGALAMAN & PAKAR

Tenaga pengajar kami terdiri daripada ahli akademik dan pakar yang berpengalaman di bidang masing-masing. Pihak kami juga terlibat dengan penyelidikan & pembangunan yang khusus kepada meningkatkan kualiti kursus selaras dengan permintaan industri dan negara.

 

 PENDEKATAN PENGAJAR – RELEVEN & BERKESAN

 

Di ITTC, kami menitikberatkan ‘hands-on’ dalam semua kursus. Para peserta akan diberi latihana yang releven kepada kerja dan tugasa masing-masing .

 

 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR – TERKINI DAN CANGGIH

 

Setiap peserta dibekalkan dengan sebuah komputer di sepanjang kursus. Makmal juga dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pembelajaran yang berkesan untuk pembelajaran yang selesa.

 

 SIAPA YANG PATUT HADIR – SEMUA LAPISAN

 

ITTC berpegang kepada oto " Memasyarakatkan Teknologi Maklumat ". oleh yang demikian, kami yakin setiap lapisan masyarakat layak menceburi bidang IT mengikut kebolehan masing-masing. Kami menawarkan latihan kepada semua peringkat pengurusan iaitu tinggi, pertengahan dan operasi.

 

Ke Menu Utama