PENUBUHAN MLVK

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 bagi merumus, menggalakkan dan menyelaras stategi dan program latihan vokalsional dan perindustrian sejajar dengan perkembangan dan pembangunan ekonomi negara. Objektif penubuhan MLVK adalah seperti berikut :

 Mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian yang menyeluruh dan bersesuian dengan stategi dan objektif pembangunan teknologi.

 menggalak, membantu dan membangunkan program-program latihan vokalsional dan perindustrian di peringkat mahir dan separuh mahir.

 menentukan pencapaian tahap kemahiran seimbang dengan tahap kemajuan teknologi.

 menyediakan rancangan bagi menggunakan sepehnya potensi latihan di logi syrikat-syarikat yang terpilih dan di institusi-institusi latihan awam.

 

PERLAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI SISTEM PERTAULIAHAN.

Berdasarkan kepada keperluan dan setelah mengkaji pengalaman beberapa negara maju dalam aspek Persijilan Kemahiran, Perlaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Sistem Pentauliahan diperkenalkan.

Sistem ini dilaksanakan dengan cara MLVK memberi pentauliahan kepada organisasi-organisasi merangkumi institusi latihan awam swasta serta syarikat-syarikat yang mempunyai latihan dalaman yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu untuk menjalankan latihan dan penilaian sendiri terhadap pelatih-pelatih/pekerja-pekerja bagi memastikan mutu penilaian adalah memenuhi apa yang dihasratkan oleh MLVK sebagai badan kemahiran bagi SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) di negara ini.

PEGAWAI PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) BAGI TEKNOLOGI MAKLUMAT IALAH :

Professor Madya Wardah Zainal Abiddin

Pengarah ITTC, UTM Jalan Semarak

Kuala Lumpur, Tel : 03-2904893

 

TAHAP-TAHAP SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

 

 PULANG KE PENGKALAN

 PULANG KE MENU UTAMA

 

Related Page 1 | Related Page 2 | Related Page 3