Profail ittc-utm

PENGENALAN PUSAT ITTC-UTM

LATAR BELAKANG ITTC.

CAWANGAN-CAWANGAN ITTC-UTM.

PROFAIL KURSUS ITTC-UTM

 

 LATAR BELAKANG ITTC.

Information Technology Training Centre (ITTC) adalah nama singkatan bagi Pusat Latihan Teknologi Maklumat iaitu sebuah pusat di bawah Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia.

ITTC telah ditubuhkan pada tahun 1991 yang menyediakan latihan dalam bidang Teknologi Maklumat kepada sektor awam dan swasta. Ibu pejabat ITTC adalah di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak,Kuala Lumpur dan pada masa tersebut ITTC hanya mempunyai satu sahaja cawangannya yang terletak di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Pada 14hb Jun 1992, ITTC telah diiktiraf sebagai Authorized Training Centre (ATC) yang pertama oleh Microsoft (M) Sdn.Bhd dan ia komited ke arah menjadi sebuah pusat latihan yang berkualiti. Sejak ia ditubuhkan, ITTC telah melatih peserta-peserta yang terdiri dari pelbagai tahap pendidikan dan kerjaya dari agensi kerajaan dan swasta.

Penglibatannya telah melahirkan individu terlatih dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga swasta. Di antara badan-badan kerajaan yang telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh ITTC ialah Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, FELCRA, KEJORA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Perbadanan Kraftangan Malaysia.

Sebagai sebuah organisasi yang memberi latihan ini, pihak ITTC bercita-cita untuk memberi kecemerlangan IT kepada seramai mungkin penduduk di malaysia, Sesuai dengan hasrat kerajaaan untuk merialisasikan Multimedia Super Corridor (MSC). Sehingga sekarang ITTC telah mewujudkan rangkaian Pusat latihan Teknologi Maklumat di seluruh negara.

 CAWANGAN-CAWANGAN ITTC-UTM.

Berikut merupakan senarai nama cawangan ITTC yang terdapat diseluruh negara:-

JOHOR

    1. Causeway Venture Sdn. Bhd.
    2. Classic Performance Sdn Bhd. (INTRA)
    3. Kota Kreatif Sdn. Bhd
    4. Matlamat Bijak (M) Sdn. Bhd.

SELANGOR

    1. Aliran Permata Sdn. Bhd.
    2. Front Quest Sdn. Bhd.
    3. Institut Teknologi Ibnu Sina
    4. Ratasari (M) Sdn. Bhd.

PAHANG

    1. Institut Latihan Risda Kg Awah
    2. Minda Infootech
    3. Ranafa Qarabah Sdn. Bhd (Cyber Point)

KUALA LUMPUR

    1. Litar Computer Sdn. Bhd
    2. Telebit Information Sdn. Bhd

KELANTAN

    1. Inai Comase Sdn Bhd (09-7449886/7) fax: 7449884 inai1@tm.net.my

TERENGGANU

    1. Logic-Oriented Education & Training.

NEGERI SEMBILAN

    1. Arsy Corporation Sdn. Bhd

SARAWAK

1. Institut Pengajian Teknikal & Pengurusan (IPTP Sdn. Bhd).

MELAKA

    1. Institut Yayasan Alor Gajah

SABAH

    1. Kolej Komuniti Yayasan Sabah

PULAU PINANG

    1. Kolej Restu

PERLIS

    1. Pusat Latihan Teknologi Maklumat (KGBSB)

KEDAH

    1. InfoPOINT Computer Center.

 PROFAIL KURSUS ITTC-UTM

ITTC menawarkan beberapa jenis peringkat kursus seperti di bawah :-

  1. Kursus Jangka Pendekmelibatkan kursus-kursus aplikasi komputer secara khusus, seperti :-
  2. Microsoft Office 97 ( Word, Exel, PowerPoint )

    Internet & Networking

    Electronic Governance (Word, Exel, PowerPoint, Internet & Networking )

    Microsoft Access 97

    Microsoft Scheduler 95/97 MS Outlook 97/98

    Microsoft Project 95/97

  3. Kursus Jangka Panjang- melibatkan kursus-kursus peringkat sijil kemahiran. Kami menawarkan sijil kemahiran dengan kerjasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sijil – sijil yang kami tawarkan ialah :-

Sijil Teknologi Pengurusan Pejabat

Sijil Teknologi Perkakasan Komputer

Sijil Teknologi Pembangunan Multimedia

Sijil Teknologi Pengaturcaraan

3. Kursus Pengkhususan ( Profesional )ia merupakan satu modul kursus yang disediakan oleh ITTC kepada para profesional . antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh ITTC adalah seperti berikut :-

Effective Managing Using Ms Office 97’

Project Management Concept for Project Manager

Microsoft Visual Basic 5.0 for Advanced Programmer

Database Concept for System Analyt

Organising Schedule for Education

HTML Development for Web Designer

 KEMBALI ASAL

 KEMBALI KE MENU UTAMA

Related Page 1 | Related Page 2 | Related Page 3