INFORMATION TECHNOLOGY TRANING CENTER
ITTC adalah nama singkatan bagi Pusat Latihan Teknologi Maklumat iaitu sebuah pusat di bawah Fakulti Sains Komaputer & Sistem Maklumat, UTM.
ITTC merupakan sebuah organisasi pertama yang diiktiraf sebagai Microsoft Authorised Traning Center, dan komited ke arah menjadi sebuah pusat latihan yang berkualiti. Penglibatannya telah melahirkan individu terlatih dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga swasta. Di antara badan-badan kerajaan yang telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh ITTC ialah Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, FELCRA, KEJORA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Perbadanan Kraftangan Malaysia.
ITTC menawarkan beberapa jenis peringkat kkursus seperti di bawah :-
Microsoft Office 97 ( Word, Excel, PowerPoint )
Internet & Networking
Electronic Governance (Word, Excel, PowerPoint, Internet & Networking )
Microsoft Access 97
Microsoft Scheduler 95/97 MS Outlook 97/98
Microsoft
Project 95/97
2. Kursus Jangka Panjang- melibatkan kursus-kursus peringkat sijil kemahiran. Kami menawarkan sijil kemahiran dengan kerjasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Sijil sijil yang kami tawarkan ialah :-
Sijil Teknologi Pengurusan Pejabat
Sijil Teknologi Perkakasan Komputer
Sijil Teknologi Pembangunan Multimedia
Sijil Teknologi Pengaturcaraan
Effective Managing Using Ms Office 97
Project Management Concept for Project Manager
Microsoft Visual Basic 5.0 for Advanced Programmer
Database Concept for System Analyst
Organizing Schedule for Education
HTML Development for Web Designer
TENAGA
PENGAJAR - BERPENGALAMAN & PAKAR
Tenaga pengajar kami terdiri daripada ahli akademik dan pakar yang berpengalaman di bidang masing-masing. Pihak kami juga terlibat dengan penyelidikan & pembangunan yang khusus kepada meningkatkan kualiti kursus selaras dengan permintaan industri dan negara.
PENDEKATAN
PENGAJAR RELEVEN & BERKESAN
Di ITTC, kami menitikberatkan hands-on dalam semua kursus. Para peserta akan diberi latihana yang releven kepada kerja dan tugasa masing-masing .
KEMUDAHAN
INFRASTRUKTUR TERKINI DAN CANGGIH
Setiap peserta dibekalkan dengan sebuah komputer di sepanjang kursus. Makmal juga dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pembelajaran yang berkesan untuk pembelajaran yang selesa.
SIAPA
YANG PATUT HADIR SEMUA LAPISAN
ITTC berpegang kepada oto " Memasyarakatkan Teknologi Maklumat ". oleh yang demikian, kami yakin setiap lapisan masyarakat layak menceburi bidang IT mengikut kebolehan masing-masing. Kami menawarkan latihan kepada semua peringkat pengurusan iaitu tinggi, pertengahan dan operasi.