PENGENALAN PUSAT ITTC-UTM
Information Technology Training Centre (ITTC) adalah nama singkatan bagi Pusat Latihan Teknologi Maklumat iaitu sebuah pusat di bawah Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia.
ITTC telah ditubuhkan pada tahun 1991 yang menyediakan latihan dalam bidang Teknologi Maklumat kepada sektor awam dan swasta. Ibu pejabat ITTC adalah di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak,Kuala Lumpur dan pada masa tersebut ITTC hanya mempunyai satu sahaja cawangannya yang terletak di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pada 14hb Jun 1992, ITTC telah diiktiraf sebagai Authorized Training Centre (ATC) yang pertama oleh Microsoft (M) Sdn.Bhd dan ia komited ke arah menjadi sebuah pusat latihan yang berkualiti. Sejak ia ditubuhkan, ITTC telah melatih peserta-peserta yang terdiri dari pelbagai tahap pendidikan dan kerjaya dari agensi kerajaan dan swasta.
Penglibatannya telah melahirkan individu terlatih dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga swasta. Di antara badan-badan kerajaan yang telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh ITTC ialah Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, FELCRA, KEJORA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Perbadanan Kraftangan Malaysia.
Sebagai sebuah organisasi yang memberi latihan ini, pihak ITTC bercita-cita untuk memberi kecemerlangan IT kepada seramai mungkin penduduk di malaysia, Sesuai dengan hasrat kerajaaan untuk merialisasikan Multimedia Super Corridor (MSC). Sehingga sekarang ITTC telah mewujudkan rangkaian Pusat latihan Teknologi Maklumat di seluruh negara.
Berikut merupakan senarai nama cawangan ITTC yang terdapat diseluruh negara:-
JOHOR
SELANGOR
PAHANG
KUALA LUMPUR
KELANTAN
TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN
SARAWAK
1. Institut Pengajian Teknikal & Pengurusan (IPTP Sdn. Bhd).
MELAKA
SABAH
PULAU PINANG
PERLIS
KEDAH
ITTC menawarkan beberapa jenis
peringkat kursus seperti di bawah :- PROFAIL KURSUS ITTC-UTM
melibatkan kursus-kursus aplikasi komputer secara
khusus, seperti :-
Microsoft Office 97 ( Word, Exel, PowerPoint )
Internet & Networking
Electronic Governance (Word, Exel, PowerPoint, Internet & Networking )
Microsoft Access 97
Microsoft Scheduler 95/97 MS Outlook 97/98
Microsoft Project 95/97
Sijil Teknologi Pengurusan Pejabat
Sijil Teknologi Perkakasan Komputer
Sijil Teknologi Pembangunan Multimedia
Sijil Teknologi Pengaturcaraan
3. Kursus Pengkhususan ( Profesional ) ia merupakan satu modul kursus yang disediakan oleh ITTC kepada para profesional . antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh ITTC adalah seperti berikut :-
Effective Managing Using Ms Office 97
Project Management Concept for Project Manager
Microsoft Visual Basic 5.0 for Advanced Programmer
Database Concept for System Analyt
Organising Schedule for Education
HTML Development for Web Designer
Related Page 1 | Related Page 2 | Related Page 3