KELAB PENABUNG MUDA

BANK SIMPANAN NASIONAL

Dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan pelajar-pelajar menabung melalui Bank Simpanan nasional, satu skim galakan tabungan melalui Kelab Penabung Muda telah dilancarkan oleh YB. Dato' Sri Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 11 Julai 1997. Ini adalah selaras dengan kempen tabungan negara yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 16 Disember 1996 dan perasmian kempen tabungan peringkat Kementerian pendidikan pada 4 Mac 1997.

Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 6 hingga 20 tahun yang telah mempunyai simpanan RM 300.00. ahli Kelab penabung Muda yang telah mendaftar sehingga kini seramai 15,000 ahli di seluruh Malaysia.

Bank Simpanan Nasional kini mempunyai hampir 10 juta penyimpan dengan simpanan sebanyak Rm6.08 ribu juta. Dari jumlah itu, 1.4 juta penyimpan berumur 7 hingga 20 tahun yang menyimpan di Bank Simpanan Nasional dengan simpanan hampir RM300 juta.

Pada 4 Oktober 1997, Majlis Pelancaran Kelab Penabung Muda peringkat Negeri Kelantan telah dilancarkan oleh Y ' Bhg Dato' Hj. Zolkarnain Ab. Rahman Petra, Kota Bharu, Kelantan. Sempena majlis pelancaran tersebut seramai 280 ahli baru telah mendaftar sebagai Ahli Kelab Penabung Muda. Sehingga tarikh 27 April 1999 keahlian Kelab Penabung Muda Negeri Kelantan hampir mencapi 2000 ahli.

Kelab Penabung Muda merupakan satu bentuk simpanan yang menyeronokkan yang pasti membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, disamping mempelajari dan menerokai sesuatu yang baru. Dengan kadar pulangan simpanan sehingga 6.5% setahun, perlindungan insuran pasti akan memberi aktiviti penuh cabaran, kem motivasi dan lawatan sambil belajar pasti akan memberi banyak menafaat kepada ahli. Setiap ahli Kelab Penabung Muda akan menerima secara percuma kad ahli, kemeja T, topi dan lencana untuk permulaannya.

Ahli-ahli kelab Penabung muda juga mendapat pelbagai kemudahan melalui potongan harga istimewa melalui syarikat yang menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kelab Penabung Muda.

and click Hyperlink on the Insert menu.

 

 KLIK SINI UNTUK PULANG ASAL

 KLIK SINI UNTUK MENU UTAMA

 KELAB PENABUNG MUDA

Related Page 1 | Related Page 2 | Related Page 3